Tuesday, January 8, 2008

TERIMA KASEH ASHFAQ..THANKS YOU FAZEEL

Kedua pemain import Maldives, Ashfaq Ali dan Fazeel Ibrahim berlepas pulang ke negara asal mereka selepas tempoh kontrak bersama DPMM FC tamat. Kedua pemain yang sudah serasi bukan saja cara permainan malah cara 'baibun' juga sudah seperti keluarga. Faktor ini membuat kedua pemain itu mereka merasakan suggul sebelum berlepas.
Hubungan baik mereka juga terserlah dengan kehadiran Pengurus pasukan, Pegawai DPMM FC dan pemain-pemain datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas yang mengucapkan selamat belayar. Kedua pemain yang sudah menabur bakti kepada pasukan juga berhajat untuk kembali menyertai kelab jika ada peluang untuk mereka. Fazeel juga menyatakan keyakinan pasukan DPMM FC untuk mara lebih jauh dalam Liga Super musim ini.

-semoga baik Ashfaq, Fazeel dan pasukan teambolakitani terus menempah kejayaan..-Sharp Target-

Monday, January 7, 2008

ASHFAQ JINAKKAN SINGA UTARA

RASANYA apa yang diimpikan oleh pasukan Perlis ketika melayan pasukan DPMM FC di Kangar memang meleset malah mereka hampir saja menerima aib di gelanggang sendiri.
Tetapi sangkaan penyokong setia teambolakitani memang benar belaka. Pemain import dari Maldives Ashfaq pasti bertindak garang bagi perlawanan penutupnya bersama skuad DPMM FC sekaligus sebagai pulangan untuk menyatakan rasa terima kaseh kepada kelab.
Ia terbukti selepas beberapa kali asakan yang mencemaskan tuan rumah, sentuhan solo permata hitam Maldives itu berjaya melepaskan tiga pertahanan tuan rumah sebelum melepaskan rembatan kencang untuk menumpaskan penjaga gol Perlis diminit akhir babak pertama sekaligus menyepikan sorakan galak penyokong tuan rumah.
Penyokong kita juga menjadi saksi usaha gigih skuad kitani pada perlawanan hebat pada pertemuan tumpuan yang juga mendapat siaran langsung menerusi RTM 1 yang juga dapat ditonton di sini.
Sekalipun berakhir dengan keputusan 1-1, tahniah buat skuad Stoykov yang meneruskan aksi perlawanan tanpa tewas dari lima perlawanan berturut-turut.
-Sharp Target-

Keputusan perlawanan 5 Jan 2008

Terengganu - 2
Polis - 4

Kedah - 2
UPB MyTeam - 0

Selangor - 3
Pahang - 1

NS NAZA - 3
Sarawak - 2

Perlis - 1
DPMM FC - 1

P.Pinang - 0
Perak - 2

Wednesday, January 2, 2008

MALAM INDAH BUAT STOYKOV

Ketua Jurulatih Brunei DPMM FC memuji kecekalan anak buahnya yang mampu memberi pengajaran kepada pasukan Kedah.
"Semua pemain bersemangat tinggi untuk mencipta kemenangan. Itu yang kita mahu dan lihatlah hasilnya",jelasnya kepada penulis.
"Kita boleh menjaringkan lebih banyak gol lagi jika padang mengizinkan. Tetapi keputusan ini sungguh baik dan mengembirakan kita semua".
"Ashfaq Ali merupakan pemain import yang terbaik dan sukar ditandingi oleh mana-mana pemain dalam liga ketika ini",ujar Stoykov. -Sharp Target-

HARDI - ROSMIN KUBUR PESTA KEDAH

BRUNEI DPMM FC naik setapak anak tangga Liga Super selepas membenam pasukan Kedah 2-0 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, 1 Januari 2008.
Selepas melalui enam perlawanan, Brunei DPMM FC mengumpul 8 mata hasil dua menang, dua kali seri dan menduduki tangga ke 8 dari tangga ke 10 sebelum ini.
Hardi Bujang dan Rosmin Haji Kamis merupakan dua tongak yang berbeza watak dalam pasukan tetapi misi dan sasaran sama yang bertindak selaku pemusnah pasukan Kedah.
Kemenangan itu menjadi satu sukut baik pada pembuka tahun baru buat pasukan kendalian Iordon Stoykov sekaligus mengkubur keceriaan pasukan Kedah yang gah membelasah pasukan Selangor 6-2 minggu lalu.
Sementara itu, Terengganu merampas kedudukan puncak Liga Super selepas menumpaskan pasukan Pahang 2-1. Perlis pula merasakan nikmat di tangga kedua selepas mencalar pasukan Selangor di depan penyokong sendiri dengan 1-0 sementara pasukan Kedah yang hampa dari Bandar Seri Begawan turun ke tangga ke tiga.
Pasukan MyTeam turut jatuh di tangga terbawah selepas tumpas kepada pasukan Pulau Pinang sementara pasukan Serawak yang gagah di Bumi Kenyalang berputih mata apabila tunduk kepada pasukan Perak 5-0. Negeri Sembilan NAZA pula meleburkan rekod tanpa tewas Johor FC 2-0.
#Terima kaseh kepada penyokong yang basah kuyup menyokong teambolakitani-Sharp Target-

GALERI KETIKA MENUMPASKAN KEDAH




Keputusan perlawanan Liga Super (1 Jan 2008)

Selangor - 0
Perlis - 1

DPMM FC - 2
Kedah - 0


MyTEAM - 1
Pulau Pinang - 2

Perak - 5
Sarawak - 0

Negeri Sembilan NAZA - 2
Johor FC - 0