Wednesday, January 2, 2008

HARDI - ROSMIN KUBUR PESTA KEDAH

BRUNEI DPMM FC naik setapak anak tangga Liga Super selepas membenam pasukan Kedah 2-0 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, 1 Januari 2008.
Selepas melalui enam perlawanan, Brunei DPMM FC mengumpul 8 mata hasil dua menang, dua kali seri dan menduduki tangga ke 8 dari tangga ke 10 sebelum ini.
Hardi Bujang dan Rosmin Haji Kamis merupakan dua tongak yang berbeza watak dalam pasukan tetapi misi dan sasaran sama yang bertindak selaku pemusnah pasukan Kedah.
Kemenangan itu menjadi satu sukut baik pada pembuka tahun baru buat pasukan kendalian Iordon Stoykov sekaligus mengkubur keceriaan pasukan Kedah yang gah membelasah pasukan Selangor 6-2 minggu lalu.
Sementara itu, Terengganu merampas kedudukan puncak Liga Super selepas menumpaskan pasukan Pahang 2-1. Perlis pula merasakan nikmat di tangga kedua selepas mencalar pasukan Selangor di depan penyokong sendiri dengan 1-0 sementara pasukan Kedah yang hampa dari Bandar Seri Begawan turun ke tangga ke tiga.
Pasukan MyTeam turut jatuh di tangga terbawah selepas tumpas kepada pasukan Pulau Pinang sementara pasukan Serawak yang gagah di Bumi Kenyalang berputih mata apabila tunduk kepada pasukan Perak 5-0. Negeri Sembilan NAZA pula meleburkan rekod tanpa tewas Johor FC 2-0.
#Terima kaseh kepada penyokong yang basah kuyup menyokong teambolakitani-Sharp Target-

No comments: