Monday, January 7, 2008

ASHFAQ JINAKKAN SINGA UTARA

RASANYA apa yang diimpikan oleh pasukan Perlis ketika melayan pasukan DPMM FC di Kangar memang meleset malah mereka hampir saja menerima aib di gelanggang sendiri.
Tetapi sangkaan penyokong setia teambolakitani memang benar belaka. Pemain import dari Maldives Ashfaq pasti bertindak garang bagi perlawanan penutupnya bersama skuad DPMM FC sekaligus sebagai pulangan untuk menyatakan rasa terima kaseh kepada kelab.
Ia terbukti selepas beberapa kali asakan yang mencemaskan tuan rumah, sentuhan solo permata hitam Maldives itu berjaya melepaskan tiga pertahanan tuan rumah sebelum melepaskan rembatan kencang untuk menumpaskan penjaga gol Perlis diminit akhir babak pertama sekaligus menyepikan sorakan galak penyokong tuan rumah.
Penyokong kita juga menjadi saksi usaha gigih skuad kitani pada perlawanan hebat pada pertemuan tumpuan yang juga mendapat siaran langsung menerusi RTM 1 yang juga dapat ditonton di sini.
Sekalipun berakhir dengan keputusan 1-1, tahniah buat skuad Stoykov yang meneruskan aksi perlawanan tanpa tewas dari lima perlawanan berturut-turut.
-Sharp Target-

No comments: