Saturday, December 29, 2007

Azwan Salleh bantu DPMM FC bawa pulang Satu mata, Kedah rampas kedudukan teratas Liga Super.


29 Dec. –PASUKAN Brunei DPMM FC menambah satu lagi mata selepas terikat 1-1 dengan pasukan Pulau Pinang pada perlawanan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.
Pemain muda, Azwan Salleh lebih awal membantu pasukan DPMM FC mendahului lawan menerusi tandukan diminit 46 bagaimanapun pasukan Harimau Kumbang berjaya menyamakan kedudukan diminit ke 72 menerusi Md. Azrul Ahmad.
Jaringan terus terikat 1-1 sehingga tamat perlawanan sekalipun anak buah Stoykov berusaha gigih mencari jaringan kemenangan.
Keputusan itu meletakkan pasukan DPMM FC di tangga ke sembilan dalam persaingan Liga Super.
Pada perkembangan yang lain, Kedah merampas kembali kedudukan teratas Liga Super selepas memalukan pasukan Selangor 6-2 sambil pasukan Terengganu berjaya menumpaskan pasukan Perlis 1-0 untuk menduduki tangga ke dua.
Pasukan Sarawak pula memperolehi kemenangan sulung dengan menjadikan pasukan MyTeam mangsa pertama (4-1) sementara pasukan pasukan Tok Gajah, Pahang lega menjinakkan pasukan PDRM 1-0. Pasukan Johor pula menumpaskan Perak 2-0.
-Sharp Target-

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER (29 DEC 2007)

KEDAH -6
SELANGOR -2

PERLIS -0
TERENGGANU 1

PAHANG - 1
PDRM - 0

PULAU PINANG - 1
DPMM FC - 1

SARAWAK - 4
MyTEAM - 1

JOHOR FC -2
PERAK - 0

Wednesday, December 26, 2007

DETIK KEMENANGAN BERGAYA KE ATAS SARAWAK






ANTARA detik menarik pertemuan Brunei DPMM FC menumpaskan pasukan Sarawak.Syabas kepada skuad Stoykov, teruskan berusaha gigih untuk menuju kemenangan seterusnya,



Terima kaseh penyokong yang membantu menyuntik semangat pemain. teruskan sokongan anda untuk kejayaan teambolakitani.


#The real supporters were here..kwnku damit ah suara mu menyokong, hehehe...-Sharp Target-



Sunday, December 23, 2007

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 2007-2008 (23 Dec 2007)

BRUNEI DPMM FC -5
SARAWAK - 1

PDRM - 2
PERLIS - 3

TERENGGANU -3
KEDAH - 1

SELANGOR -2
PULAU PINANG -1

MyTEAM 2
JOHOR FC 2

PERAK - 0
N SEMBILAN NAZA - 1

Saturday, December 22, 2007

SOKONGAN JADI UBAT MUJARAB

mc28 said...
6 weeks inda main kah? 6 weeks tah inda kami turun meliat tu. Haha!!

Mc28
Sabar....jangan camatu..menurut tuan punya badan, Sekalipun 6 minggu di rehatkan, jiwanya tetap bermain setiap team tani berlawan. Lagipun sokongan abiskita atu sebenarnya ubat paling mujarab untuk nya. So, teruskan sokong ah..rajin-rajin turun meliat seperti biasa. Hehehe, gambar ini sekurang-kurangnya boleh dijadikan pelepas sesuatu untuk Mc28. -Sharp Target-

Number jersey requested by cR7

cR7 said...
bolah simpan no.jersey kah besides nama2 pemain yg kita senaraikan ah? thanx..

cR7 ...nanti ah, insallah waktu terdekat memenuhi permintaan anda. Minta tolong dari pengurusan DPMM FC dulu untuk mendapatkan number nya ah....hehehe esok lawan Sarawak jangan lupa keluarkan suara sepenuh Stadium ahh..BTW TQ...-Sharp Target-

Friday, December 21, 2007

PERSIAPAN BAGI PERTEMUAN DENGAN SARAWAK



(gambar pertama) Ketua Jurulatih DPMM FC, Iordon Stoykov berkerja keras memastikan persiapan menentang Sarawak pada Ahad ini lebih kemas dan berkesan. (gambar ke dua dan ke tiga) pemain-pemain gigih ketika menjalani latihan kecergasan. -Sharp Target-

Pembetulan ejaan nama sebenar Sairol Haji Sahari

( Anonymous said... )
shairol shari bukan nama sebenar beliau,utk membetulkan para pemabaca nama beliau ialah sairol bin hj.sahari.terima kasih.semoga team bola kitani berjaya menuju kemenangan bersama.
-Terima kaseh atas keprihatinan anda..#sama-sama membina kebaikan-Sharp Target. (Sai jangan marah eeh, salah ejaan nama ah)

Thursday, December 20, 2007

SHAIROL CUMA RETAK TULANG BAHU.

Alhamdulillah, lega rasanya ketika mendengar berita terkini selepas insiden jatuh pemain tepi Shairol Shari sehingga dikatakan patah tulang bahu.
Namun ketika dihubungi hari ini, pemain ramai peminat itu mengesahkan beliau hanya menghadapi keretakan tulang bahu tetapi perlu berehat kira-kira 6 minggu sementara menjalani rawatan.
"Saya dikasari ketika melarikan bola sehingga tidak sempat berbuat apa-apa sehingga bahu lebih dahulu menghempap ke tanah yang mengakhibatkan rentak tulang",jelasnya.
Beliau harap rakan-rakan akan terus berusaha membawa kemenangan pasukan kitani.

#Kawanku...Shairol ok wahhh, jangan susah hati, rajin-rajin membaca perkembangannya di sini ah.,- Sharp Target.

Wednesday, December 19, 2007

Shairol patah tulang bahu

KETIKA dua tongak utama, Mohd. Shahrazen dan Fadlin maseh dibelenggu kecederaan sehingga tidak dapat diturunkan ketika menentang Johor FC. Satu lagi berita mengejutkan apabila Shairol Haji Shari pula terpaksa direhatkan lebih sebulan selepas pemain kidal itu mengalami patah tulang bahu. Shairol merupakan tongak penting dan telah banyak memberi kesan yang sangat postif kepada pasukan.

#Lakas-lakas baik eeh - 'Sharp Target'.

Tuesday, December 18, 2007

Satu mata dari Pasir Gudang

PASUKAN Brunei DPMM FC memperolehi mata pertama selepas seri dengan pasukan Johor FC. Ketika ini, ‘team bola kitani’ itu maseh berada di tangga ke 11 namun peluang mereka untuk memperbaiki kedudukan tetap terbuka terutama apabila menjadi tuan rumah kepada pasukan negara jiran, Sarawak pada 23 Disember ini.
Selangor yang mempunyai kelebihan jaringan mengunguli tempat teratas dengan 7 mata hasil dua kemenangan dan sekali seri manakala Kedah dan Perak yang juga sama-sama memperolehi 7 mata beriringan kedudukan selepas dibezakan oleh jaringan.
PDRAM memperolehi 6 mata dan disusuli oleh pasukan Johor FC dengan 5 mata. Pasukan Perlis, T’rengganu dan Negeri Sembilan NAZA mengumpul 4 mata sementara Pahang memperolehi 3 mata.
My Team memisahkan kedudukan dengan kelebihan jaringan daripada pasukan Brunei DPMM FC yang masing-masing memperolehi satu mata sementara Pulau Pinang dan Sarawak maseh ketandusan kemenangan.
#Teruskan usaha buktikan kehebatan-Sharp Target-

Keputusan perlawanan 18 Disember 200

Johor FC – 0
Brunei DPMM FC – 0

Kedah – 4
PRDM – 1

P. Pinang – 1
T’rengganu – 1

Sarawak - 0
Selangor – 2

N Sembilan Naza – 1
MyTeam – 1

Tahniah Brunei DPMM FC (tema bola kitani) yang membawa pulang satu mata selepas seri tanpa jaringan dengan pasukan Johor FC. Ia dilihat satu permulaan buat skuad negara untuk terus melebarkan kejayaan pada kempen Liga Super musim ini.
-Sharp Target-

Sunday, December 2, 2007

AKSI


(Untuk Cr7) sementara menunggu game seterusnya...ani aksi semasa pasukan tani menentang pasukan Negeri Sembilan NAZA...
penyokong bertuah yang termasuk dalam aksi pemain ini...terima kaseh kerana menyokong. ...
-Sharp Target-

Sunday, November 25, 2007

SEBAHAGIAN PENYOKONG SETIA

Terima kaseh penyokong yang hadir ke Stadium Negara Hassanal Bolkiah untuk memberi sokongan teambolakitani.

Saturday, November 24, 2007

BRUNEI DPMM FC VS NEGERI SEMBILAN NAZAN


(For>>KEEM>>this our team)

Friday, November 23, 2007

WAHAB MANSOR

(Dino>> aku mau gambar wahab mansor....psl kwn ku selalu mention nama nya tapi aku inda tau cana usul mua wahab ani...
Details 2007-11-22 8:17 AM )
Untuk tatapan Dino..(seperti yang dicari) Wahab Mansor berperanan diposisi pertahanan sebelah kiri. Beliau telah menunjukkan satu permainan yang baik, berkerja keras dan bersungguh-sungguh ketika pasukan menentang pasukan Negeri Sembilan.
-Ada pa-pa ka , he is handsome-Sharp Target

Wednesday, November 21, 2007

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER (21 NOV 2007)

DPMM FC 0
NEGERI SEMBILAN NAZA 1
(Lamin Conteh 28th, pen)

PAHANG 1'
(Dironse Abed, 64th)
KEDAH 2
(Nelson Martin 44th, Marlon Alex James 66th)

PDRM 2
(Hilary Echesa 58th, Ahmad Latif Khamarudin 70th)
PULAU PINANG 0

TERENGGANU 4
(Ashaari Samsudin 33rd, Che Hisamuddin Hasan 36th,
Zairo Anuar Zalani 59th, Fabio Flor 82nd)
SARAWAK 0

SELANGOR 1
(Mohd Amri Yahyah 90th)
JOHOR FC 1
(Eddi Helmi Manan 64th)

MyTEAM 0
PERAK 1
(Ahmad Shahrul Azhar 86th)

Tuesday, November 20, 2007

STOYKOV SUDAH BERSEDIA MELAYANI NEGERI SEMBILAN

“Kita mesti menang. Kami mahukan kemenangan. Inilah peluang semua pemain untuk menunjukkan kemantapan ketika beraksi di depan penyokong sendiri”,jelasnya ketua jurulatiah pasukan Brunei DPMM FC ketika ditemui, pagi tadi.
Malam ini, pasukan Brunei DPMM FC akan meneruskan cabaran Liga Super dengan berdepan pasukan Negeri Sembilan NAZA di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
“Saya tidak tahu bagaimana keupayaan pasukan pelawat tetapi apa yang penting pasukan kita sudah bersedia untuk mencari kemenangan sulung mala ini”,ujar Stoykov.
Beliau dijangka akan mengekalkan formasi 3-5-2 bagaimanapun maseh mengharapkan penyerang sensasi Negara, Mohd. Shahrazen akan dapat beraski untuk digandingkan dengan penyerang dari Maldives, Ashfeeq dibahagian depan.
Sementara itu peluang pemain muda, Mouhdudi Kasmi yang tidak menyertai pasukan bertemu Perak kerana menduduki peperiksaan sabtu lalu dijangka akan menjadi percaturan bahagian tengah Stoykov malam ini.
“Mouhdudi merupakan pemain muda yang perlu digilap kerana mempunyai potensi yang baik. Saya sangat memerlukannya untuk memantapkan lagi di bahagian tengah ”,jelas jurulatih.

-Lakastah sama-sama kitani banjiri Stadium Negara Hassanal Bokiah, sokong team bola kitani- Sharp Target-

Monday, November 19, 2007

NASIB TIADA DI IPOH

KETUA jurulatih Brunei DPMM FC, Iordon Stoykov tidak putus harapan untuk terus berusaha keras mengendalikan pasukan kepada lebih mantap sekalipun pasukannya menerima kekalahan 0-2 oleh pasukan Perak pada perlawanan pembukaan tirai kempen Liga Super 2007-2008, semalam.

Beliau yang tenang menjawab soalan penulis membuktikan sikap keterbukaannya selaku pengandali pasukan yang professional.

“Kita bermain baik. Kita lebih banyak menguasai perlawanan sehingga banyak mencipta beberapa peluang tetapi kita tidak bernasib baik untuk menterjemahkannya kepada jaringan”,jelasnya ketika ditemui bagi mengulas kegagalan pasukannya membawa pulang sebarang mata dari Ipoh.

Menurutnya, anak buahnya telah berjaya mempamerkan permainan yang menyakinkan sehingga tuan rumah kerap merasa tertekan mujur penjaga gol Perak bertindak baik menyelamatkan gawangnya dari ditembusi. “Inilah permainan bola sepak yang sukar diramal. Namun saya cukup yakin pasukan kita akan terus memberi saingan sengit untuk melakar kejayaan”,jelasnya.


-Ambil iktibar dari kesilapan- Sharp Target

Sunday, November 18, 2007

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER (18 Nov 2007)

PERAK -2
(Khalid Jamlus 4th, 89th)
DPMM FC -0

KEDAH -0 (4)
PERLIS -0 (5)
(Perlis juara Piala Sumbangsih)

PULAU PINANG -0
PAHANG -2
(Mohamad Kamal Rodiarjat Mohd Ali 18th, Rosdi Talib 79th, (pen))

SARAWAK - 1
(Jose Luis Vieira 38th)
PDRM - 4
(Hilary Echesa 30th, 82nd, Ahmad Latiff Khamarudin 57th, Mohd Fadli Kassim 70th)

JOHOR FC - 2
(Walter Silva Ariel 55th, 90th)
TERENGGANU - 1
(Fabian Flor 3rd)

NEGERI SEMBILAN NAZA - 0
SELANGOR - 2
(P. Gunalan 50th, Mohd Amri Yahyah 65th)

Thursday, November 15, 2007

CABARAN LIGA SUPER 2007-2008 BERMULA BERTEMU PERAK

Barisan pemain DPMM FC ke Ipoh, Perak


Tolong ke belakang lah...


Pengiran Waslimin...mesti menang ahh

pose tercantik dari Tony


SELAMAT berjuang..Skuad DPMM FC berlepas ke Perak, Ipoh bagi menyingkap persaingan Liga Super 2007-2008 pada Ahad ini. Semoga pulang membawa tiga mata penuh.

-Sharp Target-

26 PEMAIN BERSAMA DPMM FC




SERAMAI 26 pemain telah diberi peluang untuk menyarung jersi DPMM FC untuk menampilkan persaingan dalam kancah Liga Super 2007-2008. Pengurus Kelab DPMM FC, Haji Eady Shardy dan pengurus paskan, Pengiran Haji Waslimin menandatangani bagi mewakili kelab berkenaan.
Hadir menyaksikan majlis ini ialah Setiausaha Agung BAFA, Pengiran Haji Metussin.
-Tahniah kepada semua pemain- Sharp Target.

Pengurus Kelab DPMM FC terima jersi tajaan


PENGURUS Kelab DPMM FC, Haji Eady Shardi menerima jersi tajaan yang baru bagi skuad itu bersaingan dalam kempen Liga Super Malaysia 2007-2008 yang bermula menentang pasukan Perak, ahad ini.

Pesident Sports Partnership Pte Ltd., Awang Johar Jasman menyerahkan jersi jenama Lotto berkenaan pada satu majlis di Jerudong.

"Inilah sumbangan dan sokongan berterusan syarikat kami kepada kelab DPMM FC. Kita berharap mereka berjaya dalam penglibatan mereka dalm siri Liga Malaysia ini nanti",jelasnya.

-Sharp Target- (Terima kasih Lotto)

Jersi baru DPMM FC


PASUKAN DPMM FC yang akan beraksi dalam kancah Liga Super musim 2007-2008 akan menyarungi jersi berwarna merah bagi perlawanan dalam negara sementara jersi warna putih akan digunakan bagi perlawanan luar negara.
-Semoga berjaya- Sharp Target

Monday, November 12, 2007

PEMAIN U21 gigih menjalani latihan bersama pemain senior

Peluang pemain U21 untuk menyarung jersi DPMM FC dalam Liga Super musim 2007-2008 terbuka luas apabila FAM telah menetapkan seorang pemain U21 dimestikan bermain sepenuh masa setiap kali perlawanan. Ia dilihat peluang terbaik buat pemain-pemain junior tempatan untuk digilap sepenuhnya sekali gus melahirkan pemain yang berkaliber.
Ahmad Hafiz

Azwan


Haji Khairul

Mahdudi

Nazri



Aksi menarik sepanjang latihan

Stoykov menujukkan cara regangan yang betul

Stoykov buat demo lompatan


Thursday, November 8, 2007

ZAINOL TINGKATKAN KEMAHIRAN DI BANGKOK

Zainol (paling kiri) meningkatkan kemahiran di Bangkok


JURULATIH Penjaga Gol DPMM FC, Haji Zainol Ariffin Haji Jumat mewakili Negara bagi mengikuti kursus Sijil Kejurulatihan Penjaga Gol Level 1 di Pusat Bolasepak Kebangsaan Bangkok.
“Saya berterima kaseh kepada BAFA yang memberi peluang mengikuti kursus ini. Ia merupakan satu langkah yang baik dalam meningkatkan lagi pengetahuan dalam bidang kejurulatihan khususnya bagi penjaga gol”,jelasnya sebelum berlepas ke Bangkok.
Kursus yang bermula dari 9 hingga 14 November itu merupakan anjuran AFC.
Selain menimba berbagai pengelaman sepanjang kursus, Haji Zainol menjelaskan penyertaan itu juga menjadi peluang bagi bertukar-tukar pandangan dan pengelaman dari perserta yang mewakili Negara-negara Asean.

#Moga berjaya - -Sharp Target-

ROSMIN PASTIKAN KEJAYAAN DPMM FC MUSIM INI


PEMAIN kidal DPMM FC, Rosmin Haji Kamis yakin pemain pilihan skuad DPMM musim ini lebih mantap dan menyakinkan dalam persaingan Liga Super musim 2007-2008 nanti.
“Saya melihat pasukan kita mempunyai potensi besar dalam kejohanan musim ini. Kita mempunyai barisan pemain yang mantap dalam semua posisi”, jelasnya pula sudah sedia dengan boot barunya dan tidak sabar untuk memulakan perlawanan sulung menentang pasukan Perak.
Katanya, pasukan yang dikendalikan jurulatih baru akan mengadun corak baru malah trio import yang terpilih dilihat akan mampu memberi kesan positif kepada pasukan.
“Kita berharap akan menampah satu lagi peningkatan kejayaan buat pasukan musim ini”,jelasnya.
Rosmin yang sudah berpengelaman besar menyertai skuad kebangsaan telah diberi kepercayaan untuk menjadi kedua pasukan dalam persaingan DPMM FC pada Liga Perdana dan Liga Super musim lalu.
-Sharp Target-




Sunday, November 4, 2007

DPMM FC bertemu Perak pembuka tirai kempen Liga Super 2007-2008




(Pengurus pasukan DPMM FC, Pengiran Waslimin)
SKUAD DPMM FC akan membuka tirai kejohanan Liga Super 2007-2008 dengan menjadi pasukan pelawat kepada pasukan Perak pada 18 November depan.
Pengurus pasukan DPMM FC, Pengiran Waslimin menjelaskan perkara itu ketika dibuhungi selepas majlis perasmian Liga Malaysia musim 2007/2008 di Kuala Lumpur, semalam.
Juga hadir di majlis ini ialah Naib Presiden BAFA IV, Pengiran Haji Mohd. Yussof dan Pengurus Kelab DPMM FC, Haji Eady Shardi.
Selepas menguji kehebatan pasukan naib juara Liga Super 2006-2007, skuad DPMM FC akan menunggu kehadiran pasukan Negeri Sembilan apabila mereka berdepan dengan pasukan kelompok bawah musim lalu itu di Bandar Seri Begawan, pada 21 November depan.
Menurut pengurus pasukan, FAM akan mengeluarkan jadual keseluruhan perlawanan Liga Super sedikit masa lagi.
Liga Super 2007-2008 bakal menyaksikan menyaksikan sebanyak 13 pasukan bersaing dengan dua pasukan Liga Perdana musim lepas iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan UPB-MyTeam telah disahkan turut bersaing bersama-sama pasukan.
Sementara itu, Juara Liga Super musim lepas, Kedah kali ini sudah pasti bertekad untuk mengekalkan kedudukan terbaik mereka ini sekalipun bakal berdepan dengan pasukan pesaing dalam Liga Super seperti Perak dan DPMM FC yang masing-masing menduduki tempat ke dua dan ketiga musim lalu.
Juga berentap dalam Liga Super musim ini ialah pasukan Perlis, Negeri Sembilan, Johor FC, Pahang, Selangor, Sarawak, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu.
Musim lepas, skuad DPMM FC telah berjaya menduduki di tempat ke 3 selepas memperolehi 44 mata hasil dari 13 kemenangan, 5 kali seri dan 6 kali menerima kekalahan.
Sementara itu tirai Liga Malaysia bagi musim 2007/2008 akan menyaksikan pasukan Kedah sekalu juara tiga piala berprestij musim lepas akan menentang Perlis pada perlawanan pembuka tirai kempen liga itu.

-Sharp Target-

Perlawanan Persahabatan - DPMM FC jinakkan Sabah FA 3-1


Ashfeeq, Bobby(tengah), Haji Subhi penyumbang gol untuk membantu kemenangan DPMM FC 3-1 ke atas Sabah, di Wilayah Persekutuan Labuan, 4 November, Ahad.



SKUAD DPMM FC berjaya menewaskan pasukan Sabah FA 3-1 pada siri perlawanan persahabatan di Stadium Wilayah Persekutuan Labuan, malam ini. (4 November)
Kejayaan skuad didikan Jordan Stoykov itu diperolehi menerusi sentuhan pantas Rosmin Haji Kamis diminit pertama perlawanan sambil pemain import baru dari Maldives, Ashfeeq Ali membuktikan sentuhan terbaik dengan menambah jaringan diminit ke 6.
Pemain tepi, Haji Subhi Abdillah Bakir pula tidak mensia-siakan peluang untuk menjarakkan jaringan 3-0 diminit akhir babak pertama.
Sabah bijak mengambil kesempatan ketika beraksi menentang 10 pemain sehingga berjaya menjaringkan julungnya diminit ke 69 selepas Mohd. Shahrazen diperintah keluar padang setelah mengkasari pemain lawan.
“Kita melihat kombinasi pemain semakin meningkat sejak beberapa siri perlawanan persabahatan. Ini sangat membanggakan dan diharap semua pemain akan terus mengekalkan prestasi baik ini”,jelas penolong pengurus pasukan, Ali Haji Momin ketika dihubungi di Wilayah Persekutuan Labuan malam ini.
Menurutnya, perlawanan itu perlu menjadi landasan pengukur terutama sejauh mana kelemahan pada pasukan untuk diperbaiki dari masa ke semasa.
-Sharp Target-

DPMM FC uji pasukan Sabah FA



Skuad DPMM FC meneruskan siri perlawanan persabahatan dengan menguji kehebatan pasukan Sabah FA di Wilayah Persekutuan Labuan, Ahad.


Perlawanan persahabatan itu juga menjadi ujian buat skuad bimbingan Jordan Stoykov yang sudah melengkapi pasukannya termasuk trio import dan dibantu beberapa pemain dari Malaysia.


DPMM FC akan menyingkap perlawanan sulung dalam Liga Super 2007-2008 dengan menjadi pasukan pelawat kepada pasukan Perak pada 18 November depan.





-Sharp Target-

Friday, November 2, 2007

Rene Komar pulang ke Croatia


Terima Kaseh Rene Komar semoga terus berjaya. Bekas pemain pertahanan DPMM FC hari in meninggalkan Bandar Seri Begawan apabila kontrak bersama skuad berkenaan sudah tamat.

"Saya harap pasukan DPMM FC akan terus menempah kejayaan dalam Liga Malaysia bagi musim ini",jelas Rene.

Beliau berterima kaseh kepada semua pengurusan DPMM FC dan rakan-rakan dalam pasukan yang memberikan layanan baik sepanjang bersama kelab ini.

"Jika ada peluang dan diperlukan dalam pasukan DPMM FC, saya berminat untuk menyertai lagi pasukan ini",ujar Rene yang telah membantu kejayaan pasukan DPMM FC bermula pada Liga Perdana Malasyia dan seterusnya Liga Super Malaysia.


-Sharp Target-

Thursday, November 1, 2007

Tonggak pemain import DPMM FC bagi Liga Malaysia 2007-2008






(kiri)- Ibrahim Fazeel dan (kanan) Ashfaaq Ali dari Maldives








Abdel Hakim El-Bahloul dari Morrocco

Posisi pemain import

Ibrahim Fazeel (Midfielder)

Ashfaaq Ali (Striker)

Hakim (Defender)

-Sharp Target-

Kouta Pemain import DPMM FC lengkap

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu. – Sentuhan dua pemain Maldives dan seorang pemain Morrocco berjaya tiga kouta pemain import bagi membantu skuad DPMM FC dalam memberi saingan terbaik dalam Liga Malaysia bermula 17 November ini.
Dua pemain tongak utama kebangsaan Maldives, Ashfaaq Ali dan Ibrahim Fazeel yang mempunyai kebolehan tersendiri dan bijak menyesuaikan diri.
Ashfaaq merupakan penyerang kebangsaan Maldives juga tongak utama kelab New Radiants dan sumbangan terakhir kepada Negaranya ialah dengan menyumbang satu gol untuk membantu menewaskan pasukan Yaman dalam pusingan kelayakan Piala Dunia, baru-baru ini.
Pemain tengah, Ibrahim Fazeel yang bersinar dalam kelab V.B Sport FC juga lega menyertai rakan senegara menyarung jersi DPMM FC.
Sementara itu, pemain tinggi lampai, Abdel Hakim El-Bahloul telah berjaya memberikan persembahan konsistan semasa bersama skuad DPMM FC dalam perlawanan persabahatan di Bangkok dikatakan telah memenuhi ciri-ciri yang dikendaki dibahagian pertahanan.
Abdel Hakim sebelum ini mewakili kelab Hassani Agadn FC bermain dibahagian pertahanan dalam liga Morrocco sebelum berhijrah ke Kelab Dhofar dan membantu membawa kejayaan terbesar kelab berkenaan dalam Liga Oman.
Pengurus pasukan DPMM FC, Pengiran Waslimin berharap agar ke tiga-tiga pemain import itu akan terus berusaha memberikan persembahan yang benar-benar berkualiti bagi membantu memantapkan dan keberkesanan pasukan.
Beliau mengakui gandingan tenaga import baru itu akan mengangkatkan lagi prestasi pasukan DPMM FC bagi musim ini.
Pengiran Waslimin menambah penyerapan pemain import berkualiti itu juga menjadi ruang yang terbaik kepada pemain-pemain tempatan untuk menimba pengelaman mereka untuk meningkatan permainan masing-masing.
Juga mendapat perhatian DPMM FC ialah empat pemain Malaysia Hasnawi Ismail dan Wahab Mansor dari Johor; Shariman Che Omar dari Kedah dan bekas pemain U21 dan U23 Kebangsaan Malaysia, K Lingam dari Melaka.
DPMM FC telah meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya menjulang satu Piala dalam Liga Malaysia musim ini.
-Sharp Target.

DPMM FC - Selamat Berjuang

DEMAM Liga Malaysia akan bermula 17 November. Skuad bolasepak tani juga dijemput untuk menyertai kejohanan berprestij Malaysia ini. Kelab DPMM FC sekali lagi tampil bagi mewakili negara Brunei Darussalam dalam persaingan ini. Syabas dan dengan usaha gigih kita pasti boleh melakukan yang terbaik lagi bagi musim 2007-2008.

Kehebatan pasukan kitani (DPMM FC) ini memang sudah terbukti apabila berjaya mencipta kemajuan dari bertanding dalam Liga Perdana Malaysia terus meningkat ke Liga Super dan menduduki di tangga ke tiga.

Kejayaan yang membanggakan itu juga menjadi sejarah tersendiri buat kelab DPMM FC apabila penyerangnya Shahrazen telah tampil selaku penyerang tempatan pertama menjadi penjaring terbanyak dalam kempen Liga Super musim 2006-2007.

Semoga kejayaan yang membanggakan ini akan dapat berulang malah terus menimpa satu lagi sejarah dalam perkembangan bolasepak tanahair.

Selamat Bertanding..jangan mau-mau, lawan sampai menang.insya'allah.

-Sharp Target