Sunday, November 4, 2007

Perlawanan Persahabatan - DPMM FC jinakkan Sabah FA 3-1


Ashfeeq, Bobby(tengah), Haji Subhi penyumbang gol untuk membantu kemenangan DPMM FC 3-1 ke atas Sabah, di Wilayah Persekutuan Labuan, 4 November, Ahad.



SKUAD DPMM FC berjaya menewaskan pasukan Sabah FA 3-1 pada siri perlawanan persahabatan di Stadium Wilayah Persekutuan Labuan, malam ini. (4 November)
Kejayaan skuad didikan Jordan Stoykov itu diperolehi menerusi sentuhan pantas Rosmin Haji Kamis diminit pertama perlawanan sambil pemain import baru dari Maldives, Ashfeeq Ali membuktikan sentuhan terbaik dengan menambah jaringan diminit ke 6.
Pemain tepi, Haji Subhi Abdillah Bakir pula tidak mensia-siakan peluang untuk menjarakkan jaringan 3-0 diminit akhir babak pertama.
Sabah bijak mengambil kesempatan ketika beraksi menentang 10 pemain sehingga berjaya menjaringkan julungnya diminit ke 69 selepas Mohd. Shahrazen diperintah keluar padang setelah mengkasari pemain lawan.
“Kita melihat kombinasi pemain semakin meningkat sejak beberapa siri perlawanan persabahatan. Ini sangat membanggakan dan diharap semua pemain akan terus mengekalkan prestasi baik ini”,jelas penolong pengurus pasukan, Ali Haji Momin ketika dihubungi di Wilayah Persekutuan Labuan malam ini.
Menurutnya, perlawanan itu perlu menjadi landasan pengukur terutama sejauh mana kelemahan pada pasukan untuk diperbaiki dari masa ke semasa.
-Sharp Target-

No comments: