Sunday, November 4, 2007

DPMM FC bertemu Perak pembuka tirai kempen Liga Super 2007-2008




(Pengurus pasukan DPMM FC, Pengiran Waslimin)
SKUAD DPMM FC akan membuka tirai kejohanan Liga Super 2007-2008 dengan menjadi pasukan pelawat kepada pasukan Perak pada 18 November depan.
Pengurus pasukan DPMM FC, Pengiran Waslimin menjelaskan perkara itu ketika dibuhungi selepas majlis perasmian Liga Malaysia musim 2007/2008 di Kuala Lumpur, semalam.
Juga hadir di majlis ini ialah Naib Presiden BAFA IV, Pengiran Haji Mohd. Yussof dan Pengurus Kelab DPMM FC, Haji Eady Shardi.
Selepas menguji kehebatan pasukan naib juara Liga Super 2006-2007, skuad DPMM FC akan menunggu kehadiran pasukan Negeri Sembilan apabila mereka berdepan dengan pasukan kelompok bawah musim lalu itu di Bandar Seri Begawan, pada 21 November depan.
Menurut pengurus pasukan, FAM akan mengeluarkan jadual keseluruhan perlawanan Liga Super sedikit masa lagi.
Liga Super 2007-2008 bakal menyaksikan menyaksikan sebanyak 13 pasukan bersaing dengan dua pasukan Liga Perdana musim lepas iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan UPB-MyTeam telah disahkan turut bersaing bersama-sama pasukan.
Sementara itu, Juara Liga Super musim lepas, Kedah kali ini sudah pasti bertekad untuk mengekalkan kedudukan terbaik mereka ini sekalipun bakal berdepan dengan pasukan pesaing dalam Liga Super seperti Perak dan DPMM FC yang masing-masing menduduki tempat ke dua dan ketiga musim lalu.
Juga berentap dalam Liga Super musim ini ialah pasukan Perlis, Negeri Sembilan, Johor FC, Pahang, Selangor, Sarawak, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu.
Musim lepas, skuad DPMM FC telah berjaya menduduki di tempat ke 3 selepas memperolehi 44 mata hasil dari 13 kemenangan, 5 kali seri dan 6 kali menerima kekalahan.
Sementara itu tirai Liga Malaysia bagi musim 2007/2008 akan menyaksikan pasukan Kedah sekalu juara tiga piala berprestij musim lepas akan menentang Perlis pada perlawanan pembuka tirai kempen liga itu.

-Sharp Target-

No comments: