Sunday, January 27, 2008

mc28 said...
Disappointing result :( Bos, c Mardi bila start main)

>>>#harap kembar Hardi tu (MARDI) lakas-lakas mendapat keyakinan Stoykov. -Sharp Target.

Saturday, January 26, 2008

MALANG TIAGO

Brunei DPMM FC gagal menjinakkan pasukan gergasi Merah Kuning - Selangor apabila tewas 1-2 di Stadium Shah Alam. Sekalipun Tiago Dos Santos berjaya menyamakan kedudukan, Safee Sali meletakan tuan rumah di depan. Frank Seator wira Selangor menerusi sepakan sepakan penalti pada minit ke-72. Lebih malang, apabila Tiago dikeluarkan padang diminit ke 77 selepas menerima kad kuning ke dua.

Kedah terus kekal dipuncak Liga Super selepas menang ke atas Sarawak 2-0.
Negeri Sembilan mengutip 20 mata tetapi Selangor mempunyai kelebihan jaringan selepas seri 2-2 dengan Pahang.
Terengganu ceria dengan menumpaskan UPB My Team 3-1 untuk menghuni tangga kelima
Perak menang besar ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dan Perlis turut mencipta kemenangan menewaskan Johor FC 3-1.

#Sharp Target.

KEPUTUSAN PERLAWANAN 26 JAN.

Selangor 2 Brunei DPMM 1

Kedah 2 Sarawak 0

T'gganu 3 MyTeam 1

Pahang 2 NS Naza 2

Perlis 3 Johor FC 1

PDRM 0 Perak 4

Friday, January 25, 2008

FADLIN GHALAWAT KEMBALI


GARA-gara cedera, kitani sudah lama tidak melihat sentuhan Fadlin Ghalawat. Namun perkembangan terkini menyatakan penyerang yang juga membantu skuad Kebangsaan membawa pulang Piala Malaysia sudah kembali pulih malah telah tersenarai dalam perkiraan Stoykov untuk diturunkan ketika menentang pasukan Selangor. Khabar gembira itu sudah tentu akan menyaksikan Tiago akan mendapat gandingan Fadlin yang diharap akan memberi kejutan kepada Selangor.

#Moga apa yang dirancang akan menjelma dengan nyata - Sharp Target.

Thursday, January 24, 2008

REQUEST FROM NZZZ

Texts copied from: http://****-***-seven-six.blogspot.com/
Went with The Jiroleness♥, Punjabi, Abdel, my cousins and two of my uncles. We made this gigantic DPMM red-black jersey to show our devotion, we were totally energetic and probably psychotic on our way from Lumut to the Stadium but unfortunately we went home disappointed. Oh, and yes, I didn't take a picture of the huge jersey but two photographers did ***************=( so if anyone could be kind enough to go on a little "hunt" for me, or maybe you happen to stumble upon it, please do let me know, okie? I'll bless you with awesomeness. Thank you!

#Here you are..nanti tah we kirim that picture to you ..Sharp Target.

Monday, January 21, 2008

SIULAN DARI TERENGGANU

Date: Sat, 19 Jan 2008 22:46:06 -0800 (PST)
From:
"sleepy jeremy" (e mail hide)
Subject:
DPMM FC vs Terengganu
To: bolasiok@yahoo.com.sg

#message5049517211591879877091527332850463839 { overflow:auto; visibility:hidden }

hello..i'm Izhan from Kuala Terengganu. Just googling around for some info on last night game between DPMM FC and Terengganu and catch your blog there http://teambolakitani.blogspot.com/. Nice blog you have there. Similarly, we also have a portal for our own Terengganu team at http://www.ganusoccer.net. Its a free for all portal and we are doing this voluntarily.Currently i'm writing a report on last night game for the said portal and unfortunately we dont have any pics to add to. So i'm writing this to request permission from you to use two photos from your blog for the report. I will put all credit titles for the pics to you and perhaps, when DPMM FC came to Kuala Terengganu for the 2nd round, we will be able to provide the same for you to use on your blog. The pics we intended to use is the one showing your Mpessa and our Fabio Flor fighting for the ball in the air and the one with the remarks "Tarian Baru".I'm gonna submit the report later today. So I will be grateful if you can response as quick as possible. Hopefully, we can sort things out.
Thank you.
Regards,Izhan.

#Your wellcome Izhan..silakan untuk kebaikan dan kemajuan persada bolasepak kitani..-Sharp Target.

Saturday, January 19, 2008

ANTARA KOLEKSI MENARIK


Jessy saipa ni ah?
#lawa.. tahniah sokongan anda- (kalau kan minta gambar ani..plz e mail to me) -Sharp Target.


Tarian baru


Tandukan Mpessa

TERCICIR MATA PENUH

SELEPAS hampa kepada pasukan PDRM, skuad DPMM FC mampu bangkit memberi cabaran kepada Terengganu sekalipun kedudukan berakhir dengan jaringan seri 1-1.
Terengganu jelas menefaatkan peluang apabila tuan rumah maseh lagi bergelut dengan ketiadaan pemain tongak yang maseh cedera. Pemain import, Tiago Dos Santos yang disandarkan pengempur utama bagaimanapun bagai maseh mencari rentak sebenar untuk membuktikan kehebatan.
Pada perkembangan lain, pasukan Kedah terus kukuh mencengkam status pendahulu Liga Super dengan menumpaskan Johor FC 3-1 sambil pasukan Negeri Sembilan semakin merapati kedudukan teratas selepas menewaskan Perlis 2-0.
Pasukan Sarawak lega naik satu tangga selepas tercorot buat beberapa minggu selepas cemerlang menewaskan Pulau Pinang 3-0
Di Stadium MBPJ, UPB MyTeam menewaskan PDRM 2-0 sementara itu pemain import Perak, Carlos Caceres dan Steve Darby membuktikan kehebatan untuk pasukannya menewaskan Pahang 2-1.
-Sharp Target-

KEPUTUSAN LIGA SUPER 19 JAN 08

Sarawak - 3
Penang -0

Brunei DPMM -1
Terengganu -1

UPB MyTeam -2
Polis -0

NS Naza - 2
Perlis -0

Johor FC -1
Kedah -3

Friday, January 18, 2008

SEDIA HADAPI CABARAN TERENGGANU





Pasukan Yunus Alif mengambil giliran untuk menguji sejauh mana kekentalan pasukan didikan Iordon Stoykov. Pertemuan pasti menjanjikan persaingan menarik dan penuh aksi.


"Kami sudah bersedia untuk berdepan pasukan pelawat. Tekad kita sama - menang dan tambah tiga mata lagi",jelas ketua jurulatih.

#SELAMAT BERJUANG teruskan usaha demi kejayaan - Sharp Target.

Wednesday, January 16, 2008

BERITA BAIK UNTK cR7

penulis telah mendapat respon positif dari pemain yang dimaksudkan...here 100 % full texts yang dihantar melalui sms kepada penulis
he said...

Mungkin aku cuba bwa trainin esok..bahu ku makin ok plg. dah ku bwa belari cari fitness sendiri cuma ada rasa ngilu d bahu ku.

#harap cR7 nyaman ati membaca kenyataan dari pemain tersebut -Sharp Target-
cR7 said...
bilatah kira2 nya no.3 ani back to field? rasa kekurangan bah team bola kitani.
January 16, 2008 7:12 AM
------------------------
CR7 sabar dulu tah menyaksikan pemain team bola kitani atu...Doakan saja agar ia sihat dan cergas seperti sedia kala untuk menyumbang tenaga demi kejayaan untuk team tani.
#Sharp Target

Tuesday, January 15, 2008

KEPUTUSAN PERLAWANAN (15 Jan)

PDRM - 2
Brunei DPMM - 1

Perlis -2
Perak -0

Kedah -2
NS Naza -1

T'gganu -1
Selangor -1

Pahang -1
MyTeam -0

P Pinang -0
Johor FC -0

KECUNDANG DI SELAYANG, SELANGOR

Brunei DPMM FC gagal menjinakkan pasukan PDRM apabila tumpas 1-2 di Stadium Perbandaran Selayang, Selangor. Kekalahan itu merupakan kali ke tiga buat pasukan didikan Iordon Stoykov dalam kempen Liga Super selepas cemerlang 6 perlawanan berturut-turut tanpa tewas. Abdul Hakeem el-Bahloul menyumbang jaringan tunggal DPMM FC yang juga jaringan sulung peribadi.
-Sharp Target-

Monday, January 14, 2008

MPESSA BANTU UGGULI PERTAHANAN


NDONGO Francois Mpessa disandarkan selaku pertahanan tengah gigih memantapkan persefahaman dan berjaya membawa peranan pada perlawanan pertamanya bersama DPMM FC ketika menentang pasukan Pahang. Kelebihan individu Mpessa dilihat boleh memberi menefaat kepada pasukan pada perlawanan akan datang.
#collectionpix by; -sharp Target-

PERLAWANAN SULUNG, JARINGAN SULUNG


Tiago Do Santos Roberto berjaya menyumbang jaringan peribadi pertamanya pada perlawanan sulung sejak kembali kepangkuan DPMM FC. Jaringan itu juga membantu skuad Stoykov menambah satu mata selepas seri 1-1 dengan Pahang. Tiago dilihat mampu memberi sumbangan lebih baik lagi bagi perlawanan mendatang jika mendapat sokongan dan kerjasama padu dari rakan.

#collectionpx by- Sharp Target

Galeri pertemuan DPMM FC vs Pahang









#picture by; -Sharp Target-

KEPUTUSAN PERLAWANAN (12 Jan)

DPMM FC -1
Pahang -1

Selangor -4
Police -1

MyTeam -4
Perlis -2

Perak -2
Kedah -5

NSembilan -2
PPingan -1

Johor FC -3
Sarawak -1

Friday, January 11, 2008

DPMM FC vs Pahang

Peluang pasukan DPMM FC untuk memperbaiki kedudukan dilihat lebih cerah apabila berdepan dengan pasukan Pahang di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, sabtu.
Lebih menarik ialah kembalinya Tiago Dos Santos Roberto beraksi dalam DPMM FC dan muka baru, Ndongo Francois Mpessa yang keduanya dijangka beraksi buat julungkalinya bersama DPMM FC di pentas Liga Super 2007-2008..
#kawanku..seperti biasa jangan lupa bawa payung..bukan takut hujan tapi keselamatan wah.-Sharp Target-

SHAHRAZEN oh SHAHRAZEN


Gambar terbaru penyerang DPMM FC, Shahrazen yang maseh berbalut kaki.
"Saya sudah tidak sabar untuk beraksi kembali tetapi maseh cedera",jelasnya kepada penulis.
#Sabar ja dulu...mudah baik lakas ah - Sharp Target-
- mR GoKiL - said...
Yg dari Cameroon atu main midfield kah? Hehe. I thought Ashfaaq was good! Should have sent Hakim back home! Haha
January 10, 2008 6:12 AM
------------------------------------------
Mr Gokil...thanks prihatin kepada pasukan kitani..Ndongo Francois Mpessa from Cameroon atu bermain pertahanan tengah dan boleh juga beraksi 'attacking midfield'. Sama-sama we liat kebolehan Mpessa esok ketika vs Pahang ah. Well, banar Ashfaaq tu very good tapi kontrak that player dengan DPMM FC hanya sehingga bulan Disember 2007. Then Hakeem so far semakin hebat wah di bahagian pertahanan...
*Mr Gokil, teks ani only from my own view ja tu...thanks. -Sharp Target-

Tuesday, January 8, 2008

TIAGO, MPESSA PUNYAI BISA TERSENDIRI


SELAMAT datang kembali..Tiago Dos Santos. Welcome.... Ndongo Francois Mpessa. Kedua mereka telah disahkan menjadi penganti pemain import dari Maldives, Ashfaq Ali dan Fazeel Ibrahim yang sudah tamat kontrak bersama DPMM FC.
“Kita harap kedua mereka akan terus berusaha lebih gigih untuk sama-sama memantapkan lagi pasukan DPMM FC dalam kancah Liga Super musim ini”,jelas Pengurus Kelab DPMM FC, Haji Eady Shardi.
Tiago bukan lagi asing kepada pasukan malah penyokong pasukan kitani. Bagaimanapun, pemain berentak Samba yang telah bersama skuad beraksi dalam Liga Perdana2005/200 ini perlu berusha lebih keras untuk menjiwai corak kejurulatihan barunya, Iordon Stoykov dan bukan lagi Buketa Ranko.
Sementara Mpessa pula pemain tinggi lampai dari Cameroon yang rasanya tidak kekok dengan corak permainan di sebelah sini kerana sudah pernah menyarung jersi Telekom Melaka FC pada 2005/2006 sebelum bersinar pada kejohanan Liga Djarum Indonesia sehingga berjaya menerima anugerah pemain terbaik dan kejohanan itu..
Mampukah kedua pemain import yang baru diserapkan ke dalam skuad ini berjaya memberikan impak positif kepada pasukan DPMM FC.
Setentunya, Stoykov akan member ujian sulung mereka apabila melayani kehadiran pasukan Tok Gajah – Pahang pada sabtu ini.
-Bah jangan lupa..tiup-tiupan, gemakan stadium tani ah..kawanku jangan absent ah..-Sharp Target.

SEE YOU AGAIN..ASHFAQ, FAZEEL






-Special pix by;Sharp Target-

TERIMA KASEH ASHFAQ..THANKS YOU FAZEEL

Kedua pemain import Maldives, Ashfaq Ali dan Fazeel Ibrahim berlepas pulang ke negara asal mereka selepas tempoh kontrak bersama DPMM FC tamat. Kedua pemain yang sudah serasi bukan saja cara permainan malah cara 'baibun' juga sudah seperti keluarga. Faktor ini membuat kedua pemain itu mereka merasakan suggul sebelum berlepas.
Hubungan baik mereka juga terserlah dengan kehadiran Pengurus pasukan, Pegawai DPMM FC dan pemain-pemain datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas yang mengucapkan selamat belayar. Kedua pemain yang sudah menabur bakti kepada pasukan juga berhajat untuk kembali menyertai kelab jika ada peluang untuk mereka. Fazeel juga menyatakan keyakinan pasukan DPMM FC untuk mara lebih jauh dalam Liga Super musim ini.

-semoga baik Ashfaq, Fazeel dan pasukan teambolakitani terus menempah kejayaan..-Sharp Target-

Monday, January 7, 2008

ASHFAQ JINAKKAN SINGA UTARA

RASANYA apa yang diimpikan oleh pasukan Perlis ketika melayan pasukan DPMM FC di Kangar memang meleset malah mereka hampir saja menerima aib di gelanggang sendiri.
Tetapi sangkaan penyokong setia teambolakitani memang benar belaka. Pemain import dari Maldives Ashfaq pasti bertindak garang bagi perlawanan penutupnya bersama skuad DPMM FC sekaligus sebagai pulangan untuk menyatakan rasa terima kaseh kepada kelab.
Ia terbukti selepas beberapa kali asakan yang mencemaskan tuan rumah, sentuhan solo permata hitam Maldives itu berjaya melepaskan tiga pertahanan tuan rumah sebelum melepaskan rembatan kencang untuk menumpaskan penjaga gol Perlis diminit akhir babak pertama sekaligus menyepikan sorakan galak penyokong tuan rumah.
Penyokong kita juga menjadi saksi usaha gigih skuad kitani pada perlawanan hebat pada pertemuan tumpuan yang juga mendapat siaran langsung menerusi RTM 1 yang juga dapat ditonton di sini.
Sekalipun berakhir dengan keputusan 1-1, tahniah buat skuad Stoykov yang meneruskan aksi perlawanan tanpa tewas dari lima perlawanan berturut-turut.
-Sharp Target-

Keputusan perlawanan 5 Jan 2008

Terengganu - 2
Polis - 4

Kedah - 2
UPB MyTeam - 0

Selangor - 3
Pahang - 1

NS NAZA - 3
Sarawak - 2

Perlis - 1
DPMM FC - 1

P.Pinang - 0
Perak - 2

Wednesday, January 2, 2008

MALAM INDAH BUAT STOYKOV

Ketua Jurulatih Brunei DPMM FC memuji kecekalan anak buahnya yang mampu memberi pengajaran kepada pasukan Kedah.
"Semua pemain bersemangat tinggi untuk mencipta kemenangan. Itu yang kita mahu dan lihatlah hasilnya",jelasnya kepada penulis.
"Kita boleh menjaringkan lebih banyak gol lagi jika padang mengizinkan. Tetapi keputusan ini sungguh baik dan mengembirakan kita semua".
"Ashfaq Ali merupakan pemain import yang terbaik dan sukar ditandingi oleh mana-mana pemain dalam liga ketika ini",ujar Stoykov. -Sharp Target-

HARDI - ROSMIN KUBUR PESTA KEDAH

BRUNEI DPMM FC naik setapak anak tangga Liga Super selepas membenam pasukan Kedah 2-0 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, 1 Januari 2008.
Selepas melalui enam perlawanan, Brunei DPMM FC mengumpul 8 mata hasil dua menang, dua kali seri dan menduduki tangga ke 8 dari tangga ke 10 sebelum ini.
Hardi Bujang dan Rosmin Haji Kamis merupakan dua tongak yang berbeza watak dalam pasukan tetapi misi dan sasaran sama yang bertindak selaku pemusnah pasukan Kedah.
Kemenangan itu menjadi satu sukut baik pada pembuka tahun baru buat pasukan kendalian Iordon Stoykov sekaligus mengkubur keceriaan pasukan Kedah yang gah membelasah pasukan Selangor 6-2 minggu lalu.
Sementara itu, Terengganu merampas kedudukan puncak Liga Super selepas menumpaskan pasukan Pahang 2-1. Perlis pula merasakan nikmat di tangga kedua selepas mencalar pasukan Selangor di depan penyokong sendiri dengan 1-0 sementara pasukan Kedah yang hampa dari Bandar Seri Begawan turun ke tangga ke tiga.
Pasukan MyTeam turut jatuh di tangga terbawah selepas tumpas kepada pasukan Pulau Pinang sementara pasukan Serawak yang gagah di Bumi Kenyalang berputih mata apabila tunduk kepada pasukan Perak 5-0. Negeri Sembilan NAZA pula meleburkan rekod tanpa tewas Johor FC 2-0.
#Terima kaseh kepada penyokong yang basah kuyup menyokong teambolakitani-Sharp Target-

GALERI KETIKA MENUMPASKAN KEDAH




Keputusan perlawanan Liga Super (1 Jan 2008)

Selangor - 0
Perlis - 1

DPMM FC - 2
Kedah - 0


MyTEAM - 1
Pulau Pinang - 2

Perak - 5
Sarawak - 0

Negeri Sembilan NAZA - 2
Johor FC - 0