Tuesday, January 8, 2008

TIAGO, MPESSA PUNYAI BISA TERSENDIRI


SELAMAT datang kembali..Tiago Dos Santos. Welcome.... Ndongo Francois Mpessa. Kedua mereka telah disahkan menjadi penganti pemain import dari Maldives, Ashfaq Ali dan Fazeel Ibrahim yang sudah tamat kontrak bersama DPMM FC.
“Kita harap kedua mereka akan terus berusaha lebih gigih untuk sama-sama memantapkan lagi pasukan DPMM FC dalam kancah Liga Super musim ini”,jelas Pengurus Kelab DPMM FC, Haji Eady Shardi.
Tiago bukan lagi asing kepada pasukan malah penyokong pasukan kitani. Bagaimanapun, pemain berentak Samba yang telah bersama skuad beraksi dalam Liga Perdana2005/200 ini perlu berusha lebih keras untuk menjiwai corak kejurulatihan barunya, Iordon Stoykov dan bukan lagi Buketa Ranko.
Sementara Mpessa pula pemain tinggi lampai dari Cameroon yang rasanya tidak kekok dengan corak permainan di sebelah sini kerana sudah pernah menyarung jersi Telekom Melaka FC pada 2005/2006 sebelum bersinar pada kejohanan Liga Djarum Indonesia sehingga berjaya menerima anugerah pemain terbaik dan kejohanan itu..
Mampukah kedua pemain import yang baru diserapkan ke dalam skuad ini berjaya memberikan impak positif kepada pasukan DPMM FC.
Setentunya, Stoykov akan member ujian sulung mereka apabila melayani kehadiran pasukan Tok Gajah – Pahang pada sabtu ini.
-Bah jangan lupa..tiup-tiupan, gemakan stadium tani ah..kawanku jangan absent ah..-Sharp Target.

2 comments:

Anonymous said...

di mana boleh ku dapatkan past DPMM FC Program book? I missed yg 1st & 3rd issues..

Unknown said...

Yg dari Cameroon atu main midfield kah? Hehe. I thought Ashfaaq was good! Should have sent Hakim back home! Haha