Saturday, January 19, 2008

TERCICIR MATA PENUH

SELEPAS hampa kepada pasukan PDRM, skuad DPMM FC mampu bangkit memberi cabaran kepada Terengganu sekalipun kedudukan berakhir dengan jaringan seri 1-1.
Terengganu jelas menefaatkan peluang apabila tuan rumah maseh lagi bergelut dengan ketiadaan pemain tongak yang maseh cedera. Pemain import, Tiago Dos Santos yang disandarkan pengempur utama bagaimanapun bagai maseh mencari rentak sebenar untuk membuktikan kehebatan.
Pada perkembangan lain, pasukan Kedah terus kukuh mencengkam status pendahulu Liga Super dengan menumpaskan Johor FC 3-1 sambil pasukan Negeri Sembilan semakin merapati kedudukan teratas selepas menewaskan Perlis 2-0.
Pasukan Sarawak lega naik satu tangga selepas tercorot buat beberapa minggu selepas cemerlang menewaskan Pulau Pinang 3-0
Di Stadium MBPJ, UPB MyTeam menewaskan PDRM 2-0 sementara itu pemain import Perak, Carlos Caceres dan Steve Darby membuktikan kehebatan untuk pasukannya menewaskan Pahang 2-1.
-Sharp Target-

No comments: